Friday 27 January 2012

DIY *ORAL REHYDRATION SOLUTION (ORS)


Tatkala diserang kecemasan seperti your beloved rabbits mengalami cirit-birit, Oral Rehydration Solution (ORS) amat diperlukan bagi menggantikan air badan yang telah keluar bersama najis (diarrhea). Hal ini bagi mengelakkan dehidrasi dan menambah tenaga pada arnab tersebut. Bagi sayasukaarnab yang menetap dikawasan subbandar, adalah sukar untuk membeli ORS difarmasi mahupun klinik haiwan yang berdekatan di saat kecemasan kerana sering kali ditutup awal (sila rujuk entry UBAT CIRIT-BIRIT ARNAB). Lantaran itu, sayasukaarnab ingin berkongsi cara-cara untuk menghasilkan ORS sendiri dirumah. Bahan-bahan adalah seperti berikut :

a)     6 sudu teh GULA PASIR


b)     ½ sudu teh GARAM


c)      1 liter AIR BERSIH (bebas klorin)


d)     Picagari



Langkah-langkahnya :

1)     Sediakan ke semua bahan tersebut. (lihat bahan-bahannya seperti di atas)

2)     Campurkan gula pasir, garam dan air bersih tersebut. Kacau sehingga sebati.

kacau bahan tersebut agar kesemuanya sebati..

3)     Berikan ORS kepada arnab yang diserang cirit-birit menggunakan picagari.

sila gunakan picagari untuk memberikan ORS kepada arnab anda...

berikanlah ORS kepada arnab yang diserang cirit-birit...


Pastikan penggunaan ORS ini hanya dalam tempoh rawatan sahaja. Jangan gunakan dalam masa yang berpanjangan, dikhuatiri penyakit lain pula bakal menimpa arnab anda. Itu sahaja, mudah bukan? Selamat mencuba =)



3 komen:

  1. saya dah cuba beri guna picagari tu...tapi agak sukar...huhuhu..ke xkena cara pegang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya menyuapkan arnab sesuatu yang tidak digemarinya akan menjadi sukar, arnab akan bertindak mengancing giginya rapat-rapat mahupun mengeleng-gelengkan kepala. biasanya sayasukaarnab akan memegang bahagian kulit belakang badan arnab bersekali telinganya kejap, tetapi tidak terlalu berkasar. hal ini akan mengelakkan arnab daripada dapat bergerak. letakkan arnab diatas lantai dengan keadaan bahagian belakangnya itu dipegang, suapkan ORS tersebut perlahan2,jgn sampai arnab tersedak pula. lakukan kerja ini diatas meja atau permukaan yang tinggi, agar kita boleh memantau sama ada ORS tersebut masuk k dalam mulut arnab atau tidak. JANGAN pegang arnab mendongak atau menelentang ke belakang,hal ini akan mengakibatkan arnab tersedak ORS tersebut dan boleh mati lemas.itu sahaja, selamat mencuba.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...