Sunday 20 January 2013

ARNAB HOLLAND LOP DI PLANET KIDS TV2



Kini TL’s Whitney boleh ditonton di Planet Kids yang disiarkan pada setiap pagi Sabtu di TV2. Pasti anda semua tertanya-tanya siapakah TL’s Whitney tersebut dan mengapakah Whitney muncul di kaca TV? Penghujung tahun 2012 yang lalu, sayasukaarnab dan salah satu holland lop kesayangan sayasukaarnab iaitu TL’s Whitney telah mengikuti sebuah pengambaran oleh pihak TV2 untuk disiarkan dalam rancangan berunsurkan pendidikan bagi kanak-kanak iaitu Planet Kids. Rakaman tersebut dilakukan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai, terutamanya kanak-kanak mengenai kewujudan baka holland lop yang merupakan antara 47 baka arnab serata dunia yang telah diiktiraf oleh American Rabbit Breeders Association (ARBA). Sayasukaarnab turut berpeluang untuk memberitahu kepada umum mengenai pemakanan, cara penjagaan dan keperluan arnab holland lop dalam pengambaran ini. Berikut merupakan sedikit rakaman foto ketika sesi rakaman sedang berlangsung.

pengambaran di kawasan rekreasi tepian tasik

pengacara Planet Kids, Iqmal sedang menerangkan tentang arnab holland lop

rakaman foto dalam studio

Jadi untuk mengetahui mengenai arnab holland lop dengan lebih lanjut, jangan lupa untuk menyaksikan sayasukaarnab dan Whitney dalam program Planet Kids di TV2 pada pagi Sabtu. Selamat menonton.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...