Friday 27 January 2012

DIY *ORAL REHYDRATION SOLUTION (ORS)


Tatkala diserang kecemasan seperti your beloved rabbits mengalami cirit-birit, Oral Rehydration Solution (ORS) amat diperlukan bagi menggantikan air badan yang telah keluar bersama najis (diarrhea). Hal ini bagi mengelakkan dehidrasi dan menambah tenaga pada arnab tersebut. Bagi sayasukaarnab yang menetap dikawasan subbandar, adalah sukar untuk membeli ORS difarmasi mahupun klinik haiwan yang berdekatan di saat kecemasan kerana sering kali ditutup awal (sila rujuk entry UBAT CIRIT-BIRIT ARNAB). Lantaran itu, sayasukaarnab ingin berkongsi cara-cara untuk menghasilkan ORS sendiri dirumah. Bahan-bahan adalah seperti berikut :

a)     6 sudu teh GULA PASIR


b)     ½ sudu teh GARAM


c)      1 liter AIR BERSIH (bebas klorin)


d)     Picagari



Langkah-langkahnya :

1)     Sediakan ke semua bahan tersebut. (lihat bahan-bahannya seperti di atas)

2)     Campurkan gula pasir, garam dan air bersih tersebut. Kacau sehingga sebati.

kacau bahan tersebut agar kesemuanya sebati..

3)     Berikan ORS kepada arnab yang diserang cirit-birit menggunakan picagari.

sila gunakan picagari untuk memberikan ORS kepada arnab anda...

berikanlah ORS kepada arnab yang diserang cirit-birit...


Pastikan penggunaan ORS ini hanya dalam tempoh rawatan sahaja. Jangan gunakan dalam masa yang berpanjangan, dikhuatiri penyakit lain pula bakal menimpa arnab anda. Itu sahaja, mudah bukan? Selamat mencuba =)



Monday 9 January 2012

UBAT ARNAB STRESS


Kebiasaannya my beloved rabbits akan dilepas bergerak bebas di dalam rumah bagi membolehkan arnab-arnab ini aktif dan bergembira bersama-sama keluarga. Dalam pada itu, membiarkan arnab bergerak bebas mampu  mengelakkan stress kepada arnab, melancarkan lagi peredaran darah dalam tubuh arnab ini, sekali gus menjamin tahap kesihatan yang lebih baik (seperti manusia, arnab juga perlu bersenam untuk hidup sihat dan kuat). Hal ini merupakan langkah paling asas dalam mengatasi stress arnab (tetapi kalau sudah sampai tahap stress yang kronik, preskepsi ubatan daripada vet adalah diperlukan). 

Lantaran itu, bagi membolehkan pergerakkan arnab kesayanganku ini tidak terbatas, rabbits ini akan dilepaskan dihalaman rumah pada hujung minggu. Selain dapat menghirup udara yang lebih segar, my beloved rabbits akan turut terkena tempias sinaran Matahari petang yang sedikit sebanyak sebenarnya mampu membunuh bakteria pada bulu arnab (jangan pula jemur arnab dibawah Matahari terik, dikhuatiri arnab bertambah stress kerana terkejut, seterusnya boleh mengakibatkan kematian). Minggu ini giliran Tyra’s family untuk beriang-ria di halaman rumah. Saksikanlah gelagat si comel ini keriangan. =) 


Tyra dan keluarga berkejar-kejaran...

Menginjak usia 3 bulan memperlihatkan Istabella begitu mirip kepada induknya...

Geese dan Istabella hanya bermain di sekeliling carriernya, mungkin kerana masih takut-takut untuk mengeksplore halaman rumah...

Berbeza dengan Selita, jauh meninggalkan yang lain...

Si comel Istabella Barbosa, semakin gebu daripada sehari ke sehari...


Begitulah gelagat arnab-arnabku tatkala dilepas bebas. Kadangkala terasa, bukan sahaja melepaskan my beloved rabbits ini dapat mengurangkan dan mengatasi stress arnabku, namun diri sendiri juga terasa terhibur melihat kelatah mereka yang pastinya mencuit hati. Ingin rasai pengalaman sebegitu? Selamat memelihara arnab. =)



Thursday 5 January 2012

ARNAB DAN TAHUN BARU 2012


Memori 2011 telah 6 hari meninggalkan sayasukaarnab jauh ke belakang. Masih mekar memori memelihara Tyra, Giorgio, Luna, Tyra’s kits dan paling baharu, Marc si mini rex dalam ingatan sayasukaarnab sepanjang lembaran 2011. Melalui pengalaman ini jugalah sayasukaarnab.blogspot.com telah terbina dan akhirnya menjadi peneman sayasukaarnab dalam meluahkan pahit dan manis menjalani kehidupan sebagai pencinta arnab. Biarpun masih hijau dalam menongkah arus lapangan memelihara arnab ini, sayasukaarnab berharap semoga tahun 2012 ini menjadi gelanggang yang akan menyajikan kejayaan dan kemanisan demi kemanisan buat hidup sayasukaarnab, keluarga dan pastinya my beloved rabbits. 

Terima kasih buat peminat arnab di luar sana yang sudi menjengah pengalaman sayasukaarnab disepanjang 2011 yang terpahat dalam blog ini. Teruskan melayari sayasukaarnab.blogspot.com untuk mengetahui pengembaraan suka duka hidup sebuah keluarga yang masih baharu dalam peliharaan arnab dan ceritera sang pencinta arnab akan terus terkisah disini. 

Happy New Year 2012 ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...