Thursday 29 December 2011

MEMBIAKBAKAKAN ARNAB *TANDA-TANDA MINI REX BUNTING


Melalui persoalan yang timbul dalam entry MEMBIAKBAKAKAN ARNAB *MINI REX, sayasukaarnab akan rungkaikannya pada entry kali ini. Breeding process antara Luna dan Marc telah berjalan lancar pada tarikh yang telah ditetapkan. Sayasukaarnab telah mengaplikasikan langkah demi langkah mengawankan arnab seperti yang tercatat dalam entry RABBIT BREEDING *MATING PROCESS terdahulu. Luna biarpun merupakan arnab yang aktif, namun kerja sayasukaarnab menjadi mudah kerana Luna memberikan kerjasama tatkala diletakkan dalam sangkar Marc, tanpa bertindak agresif terhadap Marc (rakaman video tidak sempat diambil kerana breeding process tersebut berlangsung dengan pantas, berbeza dengan situasi antara Tyra dan Giorgio dahulu).

Hasilnya, Luna kini sah bunting 21 hari! Pasti anda semua tertanya-tanya, siapakah yang mengesahkannya? Bukan doktor haiwan, tetapi sayasukaarnab sendiri! Hal ini kerana melalui pengalaman dalam melihat tanda-tanda arnab bunting (rujuk entry RABBIT BREEDING *PREGNANT RABBIT), sayasukaarnab telah dapat mengesan Luna didapati positif dalam beberapa kriteria. Antaranya adalah seperti berikut :

1.      Emosi Luna didapati berubah sedikit. Hal ini kerana Luna dilihat semakin agresif dan tidak gemar dibelai seperti selalu. Habis bekas makanan ataupun bekas airnya menjadi mangsa dengan diterbalikkan. Sebelum ini, Luna tidak pernah berkelakuan sedemikian. (Lulus 1 kriteria arnab bunting!)

2.      Terdapat perbezaan pada kuantiti makanan yang dimakan Luna. Dahulu, bagi menghabiskan seberkas pelletnya mengambil masa seharian. Namun kini, makanan yang dibubuh penuh dalam bekasnya pada waktu pagi akan habis tatkala hari merangkak senja. Hal ini bermakna bekas makanannya perlu dipenuhkan 2 kali sehari. (Lulus 2 kriteria arnab bunting!)

3.      Bagi melakukan proses ’palpate’ terhadap Luna, kemahiran dan keberanian yang tinggi diperlukan kerana Luna kini agak agresif dan kukunya yang tajam mampu memberkaskan parut pada tangan anda pabila dicakar (sayasukaarnab sendiri telah terkena cakaran ’manjanya’, memang berparut!). Jadi kriteria ke-3 ini tidak dapat diuji pada Luna.

4.      Dapat diperhatikan terdapat pergerakkan ganjil pada perut Luna. Pergerakkan tersebut bergerak secara perlahan, tak seragam dan sekali sekala sahaja. Jikalau pergerakkan jantung, pastinya di bahagian antara 2 kaki hadapan arnab. Hal ini bermakna pergerakkan itu terhasil daripada pergerakkan anak arnab yang terdapat dalam perut Luna.


Jadi setelah menandakan tarikh breeding process pada kelendar tempoh hari, sayasukaarnab akan mula bersedia melakukan persediaan rapi menjelang due date Luna kelak iaitu pada hari ke-28 dalam tempoh bunting (rujuk entry RABBIT BREEDING *PREPARATION FORKINDLING). Bagi mengetahui kejayaan proses kelahiran sulung mini rex sayasukaarnab, nantikan ceritera terbaharu dan terkini dalam entry sayasukaarnab.blogspot.com yang seterusnya. Selamat membaca.



Wednesday 28 December 2011

MEMBIAKBAKAKAN ARNAB *MINI REX


Ingatkah anda semua pada Luna Verushka Duchess? Ya, arnab mini rex doe yang berwarna lilac/fawn harlequin. 

inilah Luna Verushka Duchess

Kini, Luna telah menjangkau usia 6 bulan dan memasuki fasa remaja matang serta sedia untuk dibiakbakakan. Lantaran itu, pada petang 7 Disember 2011, Marc Klien Duke telah dimasukkan ke dalam sangkar Luna untuk melalui proses pembiakbakaan.

tarikh mating process ditandakan pada kalender, bagi melakukan persediaan menjelang due date kelak

Unjuran daripada itu, apakah hasilnya, adakah sayasukaarnab berjaya dalam Luna’s breeding process? Bagaimanakah pula rupa bentuk Marc Klien Duke tersebut? Jangan lupa untuk nantikan perkembangan seterusnya dan terbaharu dalam sayasukaarnab.blogspot.com. =)



Wednesday 21 December 2011

TEDDY BEAR RABBIT *JUNIOR


Breed : Teddy Bear
Sire : Giorgio Cavalli Marchese
Dam : Tyra Annabelle Marchesa
DOB : 6/10/2011



SSA’s Istabella Barbosa
Doe
Broken Black



SSA’s Selita Lily
Doe
Broken Black



SSA’s Geese Dean
Buck
Broken Blue


our new junior in the house =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...