Friday 30 September 2011

RABBIT BREEDING *APPROPRIATE TIME


Kini usia Giorgio Cavalli Marchese dan Tyra Annabelle Marchesa sudah menjagkau 7 bulan. Hal ini bermakna Giorgio dan Tyra sudah masuk ke alam remaja matang dan bersedia sepenuhnya untuk dibiakbakakan. Menerusi pencarian di laman maya, sayasukaarnab tertarik dengan info pembiakbakaan daripada zrrabbitry.com, (thanks for the info).
Disini sayasukaarnab paparkan sebuah jadual untuk membiakbakakan arnab mengikut tarikh dan masa yang sesuai.

Bagi pengetahuan semua, jika anda ingin meningkatkan bilangan anak arnab betina ketika dilahirkan kelak, bolehlah mengahwinkan pasangan arnab anda mengikut tarikh dan masa ketika bulan baru.  Manakala untuk menentukan kuantiti anak arnab jantan yang lebih banyak ketika dilahirkan, anda bolehlah kahwinkan arnab anda ketika bulan penuh berdasarkan tarikh dan masa pada jadual tersebut. Bagi arnab betina yang sukar dibiakbakakan, cubalah kahwinkannya ketika bulan penuh. Langkah ini dipercayai mempunyai kebernasan yang tinggi dalam membuahkan kejayaan mengandungkan arnab tersebut. 
Walaupun kaedah ini tidak disokong oleh mana-mana teori ulung dunia, namun tidak salah untuk anda mencuba sepertimana penternak arnab diluar sana. Selamat maju jaya. =)

Thursday 29 September 2011

MAKANAN ARNAB *CARROT


Dalam entry terdahulu MAKANAN ARNAB *DAUN ISRAEL, sayasukaarnab ada menyatakan arnab boleh diberikan makanan sampingan seperti buah-buahan sebagai manisan kepada arnab anda dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, jika berat badan arnab anda 2.5kg, maka bolehlah anda anda berikan makanan sampingan ini dalam kuantiti kurang 100gram sehari atau pun selang sehari. Pemberian manisan tidak digalakkan kepada rabbit kerana kandungan gula yang tinggi dalam manisan ini dipercayai mampu mengakibatkan arnab obesiti. Lantaran itu, berpada-pada dalam memberikan manisan ini sebagai ganjaran atau selingan kepada arnab anda. Sememangnya diakui, arnab seperti budak kecil yang gemarkan manisan, maka kita sendiri sebagai tuan yang bertanggungjawab harus memberikannya dalam kuantiti yang disyorkan pakar. 

Carrot atau lobak merah dipilih sebagai ganjaran kepada my beloved rabbit jika berkelakuan baik atau pun ketika waktu bermain bersama. Berikut merupakan langkah yang aku lakukan dalam menghasilkan makanan sampingan ini :

a)     Bersihkan sebiji carrot dengan air bersih secukupnya.

b) Tidak perlu dibuang kulit luarnya (dalam persekitaran semulajadi arnab tidak mengupas buah-buahan ini), carrot ini dipotong dadu agar mudah diberikan kepada arnab, di samping tidak mengotorkan mulut mereka.

c)      Keringkan dibawah sinaran Matahari terik.

setelah dipotong dadu, carrot dijemurkeringkan

d) Apabila separa kering, bolehlah diberikan kepada arnab anda diwaktu siang. Peringatan, elakkan memberi manisan ini diwaktu malam kerana dikhuatiri arnab mengalami kekembungan dan cirit-birit.

berikan manisan ini sebagai treat kepada arnab anda

lihat, Giorgio amat menyukai carrot kering ini

sampai habis keempat-empat ketul carrot dijamah Giorgio. Itu sudah memadai untuk hari tersebut.

e)     Selamat mencuba. 


Wednesday 28 September 2011

SHOPPING TIME!! *RABBIT CARRIER


Peoples out there must be known that my beloved rabbits semuanya agresif (especially Tyra). So penggunaan DIY *RABBIT CARRIER sudah tidak lagi sesuai. Jadi sayasukaarnab telah membelanjakan sedikit duit raya untuk membeli rabbit carrier yang lebih convenient, hehe. So this rabbit carrier is affordable dan dinasihatkan semua pemelihara arnab diluar sana, sila dapatkan sekurang-kurangnya 1 rabbit carrier ini untuk memudahkan anda travel anywhere with your beloved pet (terutamanya student macam aku, hehe). 

Setelah di analisis, berikut merupakan kelebihan menggunakan rabbit carrier ini :
a)     Mudah dibawa kemana-mana sahaja. 
Terdapat dalam 3 saiz berbeza. Pilihlah saiz yang bersesuaian

Juga boleh diletakkan dalam reusable bag 

b)     Boleh memuatkan 3-4 ekor arnab dalam keadaan yang selesa pada satu-satu masa. Hal ini menjimatkan ruang ketika melancong.
Ruang dalaman sederhana luas pastinya selesa untuk rabbits anda

c)    Mengelakkan kehilangan arnab (terutamanya yang ganas macam Tyra). Diperbuat daripada besi (pintu) dan plastik (body) yang kukuh.
pintu besi

binaan body plastik yang kukuh

d)     Mesra pengguna iaitu terdapat ruang bukaan untuk memasukkan makanan dan bekas makanan serta minuman plastik. Bekas minuman dan makanan yang telah tersedia boleh dimasukkan melalui ruang bukaan atas.
bekas makanan dan minuman tersedia

rupa bentuk bekas makanan dan minuman

Ruang bukaan atas yang boleh digunakan untuk memasukkan makanan mahupun membelai pets anda

Lantaran itu, segera dapatkannya di pet shop berhampiran anda. =)

**Ini bukanlah iklan komersial, tetapi sayasukaarnab ingin memupuk nilai kasih-sayang anda kepada arnab anda dengan memberikan keselesaan kepada diri pemilik dan juga arnab. Itu sahaja, selamat membeli-belah =)


Saturday 17 September 2011

BERMAIN DI HALAMAN RUMAH



Hujung minggu bermakna yeay untuk aku dan juga hoorayyy untuk my beloved rabbits. Sebabnya pada hujung minggu begini (jika aku tak pergi mana-mana), aku akan bebaskan rabbits ni semua dihalaman rumah. Setidak-tidaknya dapatlah memberikan udara segar dan sedikit sinaran Matahari pada arnab-arnabku ini. Lihatlah gelagat Giorgio, Tyra dan Luna yang keriangan di halaman, macam tak cukup tanah berlari ke sana ke mari! =)


the only boy in the house, Giorgio Cavalli Marchese sentiasa pose baik punye di hadapan lensa kamera

Tyra Annabelle Marchesa tengah seronok menjamu selera

Giorgio dan Luna...teddy bear rabbit dan mini rex rabbit beramah mesra...

Lantaran Giorgio dan Tyra di letakkan dalam sangkar yang berlainan, maka apabila dilepaskan begini aku akan memberi ruang kepada Giorgio dan Tyra untuk bergembira bersama. Iyalah, dahulu duduk dalam sangkar yang sama, jadi mesti hubungan mereka erat. So leave it about Giorgio and Tyra, now focus on Luna Verushka Duchess.

Luna, dimana Luna...ohh disini rupanya...

berselera sungguh menjamu selera (fyi, among my beloved rabbits, Luna makan paling banyak dan spesis mini rex memang makan banyak) 

ehh, lari pula...pemalu yea..

ok, line clear...boleh keluar niy...

tidak...ada orang...

lari!!!

Begitulah gelagat Luna yang agak pemalu, apabila didekati berlari-lari ke sini sana, menyorok-nyorok entah dimana. Puas jugaklah aku berkejar-kejaran dengan Giorgio, Tyra dan Luna hari ni. Kalau setiap hari begini, kerus melidi aku dibuatnya, haha. Tapi, aku puas. Seronok terasa apabila dapat melihat arnab-arnab ini bergembira. Hanya individu yang memelihara arnab sahaja akan dapat mengenal erti kepuasan ini. Oleh itu, buat peminat arnab diluar sana yang masih belum memeliharanya, cubalah, pasti anda akan berpuas hati! 




Wednesday 14 September 2011

MAKANAN ARNAB *DAUN ISRAEL


Secara umumnya, arnab memerlukan diet yang seimbang untuk menggalakkan pertumbuhan bulu yang cantik, tahap kesihatan yang baik serta pembentukkan struktur badan yang sempurna. Oleh hal yang demikian, kuantiti makanan yang perlu bagi seekor arnab remaja (7 bulan hingga 1 tahun) ialah seperti berikut :

a)                 Perkenalkan diet timothy hay dan kurangkan pemberian affalfa
b)                 Kurangkan pemberian pellets kepada arnab iaitu ½ cawan bagi seekor arnab yang mempunyai berat 2.5kg sehari bagi mengelakkan obesiti
c)                  Pertingkatkan kuantiti sayur-sayuran segar (dijemur dahulu agar separa kering bagi mengelakkan cirit-birit dan kekembungan)
d)          Berikan buah-buahan dalam kuantiti yang sedikit atau kurang daripada 100gram bagi seekor arnab yang mempunyai berat 2.5kg sehari kerana buah-buahan mengandungi kandungan gula yang tinggi

Maka, selain pellet gold coin, pellet alfalfa, timothy hay dan sedikit epal, aku turut memberikan my rabbits daun israel (namanya diperoleh akibat ketegaran pokok tersebut untuk tumbuh subur, meskipun telah dicabut beberapa kali) bagi menggantikan sayuran segar. 

rupa bentuk pokok israel

bunganya yang berwarna putih unggu

terdapat juga buah, tirus memanjang

Daun israel menjadi pilihan kerana murah dan mudah didapati (tumbuh meliar sekitar rumah).

haa, banyakkan...dah macam kebun sayur pula...

Oleh itu, mari ikuti langkah bagi penyediaan daun israel untuk makanan my beloved rabbits :

1)                 Petik bahagian pucuk sehingga ¼ daripada pokok tersebut.

petik sahaja 1/4 daripada 

2)                 Kumpulkan dan basuh sehingga bersih.

dicuci sehingga bersih

3)      Letakkan diatas pinggan atau apa-apa sahaja bekas dan dijemur dibawah terik Matahari sehingga petang.

letakkan dalam pinggan

jemurkan dibawah sinar Matahari terik

4)             Kemudian, bolehlah berikan daun israel yang separa kering tadi kepada arnab anda lebih kurang segenggam sehari (bergantung kepada berat arnab anda).

berselera sungguh Tyra menjamu selera...

5)                 Itu sahaja, selamat mencuba. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...